Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ke hadapan calon suamiku..
Apa khabar imanmu hari ini? sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?
Wahai calon suamiku..
Tahukah engkau betapa ALLAH mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan bersedia mendampingimu kelak..meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
Kadang-kala aku bertanya-tanya, mengapa ALLAH selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawabannya. ALLAH tahu dimana tempat yang paling tepat sentiasa kembali menyayangiNYA, kembali mencintaiNYA. Ujian demi ujian InsyALLAH membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak ketika kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku dihatimu, menemani harimu..
Calon suamiku..
Aku yakin DIA kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang sangat hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama hainya dengan dirimu. Kerana apabila hanya kecantikkan yang kau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang kau dapatkan.
Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini , aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan ALLAH dan dirimu, suamiku.
Wahai calon suamiku..
Ketika aku masih dibawah jagaan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap agar menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.
Pernah suatu ketika aku membaca kisah; ''aku meminta pada ALLAH setangkai bunga segar. Dia memberikan kaktus berduri. Aku minta kepada ALLAH haiwan kecil dan cantik. Dia memberikanku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.
Namun kemudian kaktus itu berbunga indah, dan ulat bulu pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah ALLAH. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi memberi apa yang kita perlukan.
Aku yakin engkaulah yang aku perlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan..
Calon suamiku yang dirahmati ALLAH..
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama di situlah engakau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
Hidup ini indah bila engkau selalu hadir disisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir..
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....
0 comments:
Post a Comment